Have an account?

Tuesday, December 29, 2009

More Photos About Kompang


Stay2 macho...



freestyle bebeh...





bersama guru tersayang...




Geng kompang...




cam team men bola lak...



bersama member2...



sweet memory together...


Saturday, December 26, 2009

Sweet Memory


Kini hanya tinggal kenangan... inilah kumpulan kompang yang telah mewarisi seni pukulan kompang sejak turun-temurun daripada generasi terdahulu... dari tahun ke tahun terdapat pembaharuan dari segi seni pukulan kompang untuk tatapan dan pembelajaran buat generasi akan datang... begitulah usaha pelajar-pelajar sekolah agama Toh Puan Hajah Rahmah dalam memartabatkan seni warisan melayu ini agar tidak tenggelam ditelan zaman...

Akhirnya, sebuah kumpulan kompang yang hebat telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2006 berkat ajaran tok-tok guru (senior-senior), dan juga rakan-rakan yang lebih tua dan berpengalaman. Kumpulan kompang ini terdiri daripada 12 orang pada asalnya yg terdiri daripada pelajar-pelajar Toh Puan yang di rekrut pada tahun 2004. Pelajar-pelajar yang dimaksudkan ialah:

Mohd. Armas B. Martinus (chip kompang)
Mohd. Ishak B. Al-Fateh
Wan Mohd. Safwan B. Suhaini
Mohd. Syazwan Syarqawi B. Pajudin
Mohd. Zulhafizi Hafeez B. Jaimeh
Ahmad Arshad B. Arham
Mohd. Azreen B. Januin
Mohd. Kamilie B. Badru
Ali B. Mohd. Janis
Mohd. Nadiy B. Awg. Kassim
Mohd. Harif Hussien B. Abd. Saibeh
Mohd. Zaid B. Juraidi



Bermula pada tahun tersebut, maka bermulalah misi kumpulan ini untuk memartabatkan seni warisan melayu ini. Kumpulan ini sering menerima jemputan orang ramai termasuklah jemputan daripada VIP dan pengarah jabatan. Antara jemputan yang dipenuhi termasuklah:

Kenduri kahwin,
Majlis perasmian ihtifal dan sambutan pengarah JHEAINS ,
Sambutan sempena festival kebudayaan antarabangsa di dewan penampang,
Sambutan perjumpaan mufti-mufti kebangsaan di Hotel Le Meridien,
Sambutan Hari Guru peringkat JHEAINS,
Perarakan sempena Maulidur Rasul S.A.W.,
Sambutan sempena Hari Gawai di Sutera Harbour

Tahun demi tahun berlalu... Pada tahun 2008 dan 2009, kumpulan kompang ini telah merekrut pemain-pemain kompang yang baru kerana kekurangan ahli dan pertambahan kompang sumbangan JHEAINS selain penghijrahan pelajar-pelajar dari SMU Kunak dan SMU Tambunan. Antara pelajar-pelajar yang direkrut ialah:

Abdul Basit B. Rustamin
Abid Faiq B. Abdul Ghaffar
Mohd. Sadiq Kamil B. Kamis (pelapis)
Mohd. Azlin B. Saari
Abdul Karim B. Abdul Rahman
Mohd. Taufik B. Tahang
Mohd. Izaididi B. Daud
Khairul Amin B. Abu Bakar

Seni pukulan kompang sangat unik. Di Sabah, terdapat sebilangan kumpulan-kumpulan kompang yang mahir dan berpengalaman yang mempunyai gaya dan pukulan yang tersendiri. Kesemuanya merupakan pemain-pemain kompang bagi kampung-kampung di seluruh Sabah. Mereka juga pernah berentap dalam Pertandingan Festival Kompang peringkat Negeri Sabah yang dianjurkan oleh JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah) yang pernah bertempat di Kota Kinabalu selepas melepasi beberapa saringan seterusnya mewakili daerah-daerah di seluruh Sabah termasuklah Sandakan, Tawau, Kota kinabalu , Pedalaman Atas, Pedalaman Bawah dan Pantai Barat Utara. Kumpulan kompang dari Sekolah Agama Toh Puan Hajah Rahmah antara yang menyaksikan pertandingan tersebut.

Akhirnya, tercetuslah ilham pemain-pemain kompang SMA TPHR untuk membuat seni pukulan kompang yang lebih hebat berpandukan pemerhatian mereka terhadap pasukan kompang yang lebih hebat dan lebih unggul. Antara nama pukulan-pukulan yang tercetus melalui ilham mereka ialah:

10 Melayu
Melinsung
Rentap
Bungkar
Cahaya Keramat
Kejora
Kurenai
Wawasan
Grand 16
Perasmian
Siap!
Bikin Panas


Kini, kumpulan kompang ini hanya tinggal kenangan...
Kebanyakan pemain-pemain kompang ini telah menamatkan pengajian mereka sebagai Pra-U di sekolah agama Toh Puan Hajah Rahmah. Mereka telah pulang ke kampung halaman dan membawa haluan masing-masing... Walaupun begitu, pengorbanan dan jasa mereka tidak pernah tenggelam dan hilang... Perjuangan memartabatkan seni warisan kompang akan diteruskan oleh generasi baru walaupun seni tersebut semakin ditelan oleh arus kemodenan...
Begitulah ilmu kesenian yang telah diperturunkan oleh kumpulan kompang ini....
KUMPULAN KARISMA!!!
(Mentari merah di ufuk timur)